Assalamualaikum sobat aku semuanya yang ada di medan atau di indonesia......
Bersamaan 26 Juli 2013 pada Jumat depan iaitu 17 Ramadhan tahun ini yang mana merupakan Hari Nuzul Al-Quran, jadi untuk entri kali ini, Agus jiddan kongsi tentang peristiwa Nuzul Al-Quran.. Mungkin semua pembaca sudah tahu akan peristiwa Nuzul Al-Quran ni.. Tapi tak salah untuk bacanya sekali lagi..
Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an
yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya
berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang
ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat,
17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika
baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos
610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka
ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang
serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad
s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama
daripada Surah Al-Alaq.
No comments:
Post a Comment