APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu?....
SETIAP
kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal
kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh
soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri
dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia
percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda
bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan
menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang
kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan
pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang
terjalin.
Jangan
biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar
gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun.
Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang
siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja
di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan
kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih
yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali.
Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke
arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah
dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat
gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini,
bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan
segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau
motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan
wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya
penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang
lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon
dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu
mendapat keterangan.
Demikian
pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna
cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol
pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui
cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda
terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah
sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang
baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru
berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk
memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap
orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan
kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru.
Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta
kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk
meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk
dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri
dan jangan takut katakan 'tidak'.
No comments:
Post a Comment